OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
PARUH SILANG | Paruh silang ialah burung dalam famili burung cakar. Hujung paruhnya bersilang dengan satu sama lain. Terdapat empat spesies paruh silang. | UMUM | |
TARTAN | Tartan ialah kain corak berpetak, plaid yang terdapat terutamanya di Scotland. Reka bentuknya mengandungi jalur yang pelbagai lebar dan warna. Jalur ini bersilang pada sudut tegak, dengan latar belakang yang mempunyai satu warna. Puak utama di Scotland mempunyai tartan mereka sendiri. Regimen Scotland juga menggunakan tartan. Di negara selain Scotland, perkataan tartan juga bermaksud kain atau pakaian yang mempunyai reka bentuk tartan. | UMUM | |
TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
CARTESAN | Cartesan, suatu sistem dalam matematik yang digunakan untuk menetapkan kedudukan suatu titik pada satu satah berasaskan dua garis nombor yang bersilang. | MATEMATIK | Tokoh |
SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |