Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam. Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat, yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika. Oriol Amerika tergolong dalam famili burung hitam. Lihat Burung hitam. Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae. |