Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : mempunyai suami, sudah ber­kahwin (perempuan): jikalau begitu sudah patutlah engkau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sua.mi] | برسوامي

Definisi : sudah ada suaminya; sudah berkahwin (bkn perempuan): Engkau sudah besar panjang, memang patut engkau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,

Puisi
 

Tanam ubi tanam keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Tuan beristeri dia bersuami,
     Ada anak boleh berbesan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Bermaksud :

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIGAMI

Poligami lazimnya boleh dirujuk kepada satu

sistem di mana seorang lelaki beristeri lebih

daripada seorang pada suatu masa, atau kurang

lazimnya, apabila seorang wanita bersuami lebih

daripada seorang pada suatu masa. Perkataan

poligami berasal daripada dua perkataan Yunani

yang bermaksud banyak perkahwinan . Sarjana

menggunakan istilah poligami untuk menunjukkan

lelaki yang beristeri lebih daripada seorang, dan

poliandri untuk menunjukkan wanita yang

bersuami lebih daripada seorang.

UMUM 
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas