Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sum.ber.kan] | برسومبرکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg sumber: buku yg ditulis ~ falsafah Yunani; kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yg semulia-mu­lianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sum.ber.kan] | برسومبرکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg sumber; berasaskan: Undang-undang yg ~ al-Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersumberkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA WAYANG

CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata.

           

SASTERAKonsep
HUKUM SYARAK

HUKUM SYARAK, hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk panduan hidup orang Islam bersumberkan al-Qur’an, sunnah, ijmak ulama dan qiyas.

BUDAYAKonsep
HUKUM KANUN BRUNEI

HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas