SAYAP KEMENANGAN | Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah sebuah patung Yunani purba yang cantik yang ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun 1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118 keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki (Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil membawa mesej kemenangan, penawanan, dan kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai sayap yang melambangkan kepantasan dan kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi patung ini bergelombang, mungkin melambangkan perjalanan yang sukar untuk mencapai kemenangan. Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di Louvre, Paris. | UMUM | |
TERUMBU SAWAR BESAR | Terumbu Sawar Besar ialah kelompok terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu ini menganjur di sepanjang pantai timur laut Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]). Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia yang disusun oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization – (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan Australia kini terletak dalam Taman Marin Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000 kilometer persegi. | UMUM | |
SINABAR | Sinabar ialah bijih raksa yang terpenting. Ia membekalkan kebanyakan bekalan raksa dunia. Sinabar ialah mineral berwarna merah terang yang mengandungi sulfur dan juga raksa. Ahli sains menamakannya sulfida raksa dan simbol kimianya ialah HgS. Sinabar biasanya terdapat dalam jisim tanah atau bertaburan dalam baiduri. Ia jarang wujud sebagai hablur. Bijihnya didapati kebanyakannya dekat permukaan bumi, yang dekat dengan batu gunung berapi dan mata air panas. Mendapannya terdapat di China, Slovenia, Sepanyol, dan Amerika Syarikat. Lihat juga Mineral (gambar). | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
SAHARA | Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi. Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan. | UMUM | |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
IDAHAN | IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan. Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KIRIBATI | Kiribati ialah negara kecil yang terdiri daripada 33 pulau di tengah Lautan Pasifik. Ia terdiri daripada tiga gugusan pulau: Kepulauan Gilbert (16 buah pulau) dan Banaba (dahulunya dikenali sebagai Pulau Ocean), Kepulauan Phoenix (lapan buah pulau), dan Kepulauan Line (lapan buah pulau). Pulau-pulau ini terletak di kedua-dua belah Khatulistiwa, dan bertaburan dalam satu kawasan seluas lima juta kilometer persegi di Lautan Pasifik. | UMUM | |