Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.han] | برتاهن

Definisi : 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.han] | برتاهن

Definisi : 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIKUS TOBRUK

Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak

Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu

bertahan dalam satu pengepungan selama lapan

bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun

1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh

Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di

pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan

Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka

bertahan dari 11 April hingga 10 Disember,

apabila tentera Jerman menghentikan kepungan

itu.

UMUM 
KANEM

Kanem ialah salah sebuah empayar yang paling

lama bertahan dalam sejarah. Ia bermula di

bahagian timur laut Tasik Chad di Afrika pada

tahun 700-an M. dan berakhir pada akhir tahun

1800-an.

UMUM 
NEW FRANCE

New France ialah bekas empayar jajahan

Perancis di Amerika Utara. Empayar ini bermula

pada awal tahun 1600-an dan bertahan selama kira-

kira 150 tahun. Pada zaman kegemilangannya pada

awal tahun 1700-an, New France mempunyai tiga

buah jajahan takluknya – Kanada, Acadia, dan

Louisiana . Kanada dan Acadia meliputi kawasan

yang kini dikenali sebagai bahagian timur Kanada.

Louisiana terletak di Lembah Sungai Mississippi

yang menjadi sebahagian dari Amerika Syarikat.

UMUM 
SEKOLAH KANO

Sekolah kano ialah kumpulan pelukis Jepun

yang ahlinya datang daripada satu keluarga.

Generasi sekolah kano seterusnya menubuhkan

satu dinasti yang bertahan dari tahun 1400-an

hingga tahun 1800-an dan melahirkan ramai

pelukis ternama Jepun pada masa tersebut. Pada

tahun 1600-an ahli sekolah kano menetapkan

standard bagi lukisan Jepun yang berterusan

melebihi 200 tahun.

UMUM 
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON

Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang

atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama

dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang.

UMUM 
SEMENANJUNG BATAAN

Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk

Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau

terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung

Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina

bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan

angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas

MacArthur telah berjaya mengundurkan askar-

askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit-

bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di

semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar

Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka

telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus

daripada sebarang bantuan.

UMUM 
SENI BINA MELAYU

SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja.  Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah.

BUDAYADisiplin Ilmu
MESIR PURBA

Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu

peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang

maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di

Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika.

Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih

2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban

yang paling lama bertahan dalam sejarah.

UMUM 
SARGON OF AKKAD

Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan

empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina

empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun

2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara

barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan

pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja

terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan

melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk

menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia

menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat

bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih

daripada 60 tahun.

UMUM 
PERANG UHUD

Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban,

tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam

dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca

berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu

membalas dendam selepas kekalahan mereka di

dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum

Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar

menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera

bermesyuarat dengan para sahabat sama ada

mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan

di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum

muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota

Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud

dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi

semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay

ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300

orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke

Madinah.

UMUM 
12

Kembali ke atas