Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertaip


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM 
SYAIR AWANG SEMAUNSYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi.SASTERAKonsep

Kembali ke atas