Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan pengakap kini kadangkala menggunakan istilah tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar undang-undang menggunakan istilah tersebut untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri daripada tutor undang-undang atau peguam bertauliah, menghakimi dengan memberi komen terhadap perkara undang-undang yang dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan biasa, perkara moot bermakna perkara yang boleh diragukan atau dipertikaikan. |