PLATIPUS | Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri. Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik kerana mempunyai muncung yang lebar, leper, dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik. | UMUM | |
PLEKOPTERA | Plekoptera ialah serangga yang bertelur di dalam air. Anak plekoptera tinggal di anak sungai atau di sepanjang kolam cetek yang berbatu. | UMUM | |
EKIDNA | Ekidna ialah sejenis mamalia yang bertelur. Platipus ialah satu-satunya mamalia lain yang tidak melahirkan anak. Ekidna juga dinamakan tenggiling berduri. | UMUM | |
SAPSUCKER | Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker kerana sebahagian daripada dietnya ialah sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini dengan membuat lubang kecil yang dinamakan perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah. Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih. Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok. | UMUM | |
BURUNG MUTTON | Burung mutton ialah nama bagi beberapa spesies shearwater (burung laut) yang dijadikan sebagai makanan (lihat Shearwater ). Burung mutton ialah sejenis burung laut dan berwarna perang-balung. Burung ini terbang hingga ke Jepun dan Alaska untuk bertelur di pulau-pulau yang terdapat di Hemisfera Selatan. | UMUM | |
NENE | Nene, juga dikenali sebagai angsa Hawaii , ialah burung nadir di Hawaii. Ia juga adalah burung rasmi Hawaii. Nene panjangnya 56 sentimeter hingga 66 sentimeter. Ia berwarna perang dengan bulu pelepah yang panjang berwarna kuning di lehernya. Ia hidup di desa terbuka dan memakan terutamanya rumput. Nene betina bertelur tiga hingga enam biji telur berwarna putih krim. Pada tahun 1950, hanya wujud kira-kira 50 ekor. Sejak itu, bilangan nene bertambah banyak hasil daripada program pembiakan dan perlindungan. Pengelasan saintifik. Nene tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Nesochen sandvicensis. Lihat juga Burung (gambar: Burung di Kepulauan Lautan). | UMUM | |
AYAM MALLEE | Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan daun dan rumput sebelum menutupnya dengan pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas, anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak dipelihara oleh induknya. Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata . | UMUM | |
AYAK-AYAK | Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi sejenis serangga berkaki panjang yang juga dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia mempunyai badan yang langsing dan kaki yang sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang dengan perlahan dan lazimnya terdapat di kawasan berumput dan berhampiran dengan air. Ayak-ayak betina bertelur, kemudian telur tersebut menetas menjadi larva yang dikenali sebagai ‘Leather-jacket’ . Makanan utama leather jacket ialah akar tumbuhan. Sesetengahnya haiwan perosak bagi tanaman bijirin. | UMUM | |
SWIFT | Swift ialah nama biawak tertentu yang kecil, tangkas. Ia hidup di kawasan yang kering, panas di Amerika Syarikat, Mexico, dan Amerika Tengah. Biawak ini mempunyai sisik dengan rabung dan hujung yang tajam. Banyak swift mempunyai perut yang berwarna biru terang dan sering dinamakan biawak perut biru. Swift memakan serangga. Kebanyakan jenis swift bertelur, tetapi sesetengah spesies melahirkan anak. Pengelasan saintifik: Swift tergolong dalam famili biawak Dunia Baru, Iguanidae. Ia adalah genus Sceloporus. | UMUM | |
SKARAB | Skarab ialah nama sekumpulan besar kumbang. Terdapat kira-kira 20 000 spesies skarab. Sesetengah spesies memakan tumbuh-tumbuhan, dan di sesetengah negara, berbahaya kepada laman atau tanaman. Spesies-spesies lain membiak dalam najis. Ia kadangkala menggulung najis hingga menjadi until kecil, yang dibawa ke lubang bawah tanah untuk dijadikan makanan larva. Skarab bertelur beruntil-until. | UMUM | |