Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Hendak berlengu boleh berlengu,
     Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
     Hendak bertemu sesama seorang.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Bermaksud :

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak –

tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM 
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM 
OKTAGON

Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia

merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi

oktagon bertemu di titik yang dikenali

sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam.

Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa

membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali

sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut

yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh

hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah

poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya.

UMUM 
SEGI TIGA

Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah

tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya

bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu ,

dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua

daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah

180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ).

UMUM 
KONGRES BENUA

Kongres Benua ialah persidangan para

perwakilan Koloni Amerika yang bertemu buat

kali pertamanya di Philadelphia, Pennsylvania,

pada 5 September 1774.

UMUM 
PHNOM PENH

Phnom Penh ialah ibu negara Kemboja. Ia

terletak di bahagian selatan tengah negara itu di

mana Tasik Tonle Sap dan Sungai Bassac bertemu

dengan Sungai Mekong. Untuk lokasi Phnom Penh,

lihat Kemboja (peta). Phnom Penh berfungsi

sebagai pusat perdagangan dan industri Kemboja.

Ia mempunyai kilang penyulingan, kilang padi dan

kilang tekstil.

UMUM 
PERSIDANGAN LOCARNO

Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan

Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain.

Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh

buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland

untuk membincangkan rancangan mengekalkan

keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia,

Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar

wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling

penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari

penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas

Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu

menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat.

Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925,

para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh

perjanjian.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
SINGAPURA

Singapura ialah sebuah negara pulau yang

terletak di Asia Tenggara. Ia terletak di selatan

Semenanjung Malaysia, tempat Laut China Selatan

dan Lautan Hindi bertemu. Singapura terletak kira-kira

140 kilometer ke utara khatulistiwa. Jumlah

keluasannya 639.1 kilometer persegi. Ia terdiri

daripada sebuah pulau besar dan lebih daripada 50

buah pulau kecil. Pulau besar tersebut yang juga

dikenali sebagai Singapura, seluas 573 kilometer

persegi. Panjangnya 42 kilometer, dan ukuran

bahagian paling lebarnya 23 kilometer. Kira-kira

separuh daripada pulau-pulau kecilnya tiada

penghuni. Beberapa buah pulau kecil telah dimajukan

untuk rekreasi dan pelancongan.

UMUM 
SUNGAI CONGO

Sungai Congo, dikenali juga sebagai Sungai Zaire,

ialah sungai yang kelima terpanjang di dunia. Ia

bermula di selatan Kabalo, Zaire, tempat Sungai

Lualaba dan Luvua bertemu. Dari tempat ini hingga

Air Terjun Boyoma (dahulu dikenali sebagai Air

Terjun Stanley), sungai ini dikenali sebagai Sungai

Lualaba. Selepas Air Terjun Boyoma, sungainya

dikenali pula sebagai Sungai Congo. Di Zaire, ia

dikenali sebagai Sungai Zaire. Sungai Congo (Zaire)

mengalir sejauh 4667 kilometer melalui barat-tengah

Afrika tengah. Sungai ini mengalirkan air yang

terbanyak berbanding sungai-sungai lain kecuali

Sungai Amazon. Sungai ini menyaliri kawasan seluas

kira-kira 3 630 000 kilometer persegi.

UMUM 
12345

Kembali ke atas