SINAR KOSMIK | Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada zarah subatom yang membawa satu cas elektrik, seperti proton, elektron, dan nukleus atom. Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat. | UMUM | |
NILSSON, BIRGIT | Nilsson, Birgit (1918– ), penyanyi soprano Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang berperanan sebagai watak utama dalam opera Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu. | UMUM | |
SERVICE, ROBERT WILLIAM | Service, Robert William (1874–1958) ialah penyair Kanada yang mengarang balada yang bertenaga tentang kehidupan di perbatasan di Wilayah Yukon. Tulisannya ini membolehkan Service dikenali sebagai Kipling Kanada. Banyak baladanya juga memerikan keindahan Yukon. | UMUM | |
TARANTELLA | Tarantella ialah tarian rakyat yang popular, berasal dari selatan Itali. Tarantella ialah tarian yang rancak dan bertenaga yang dipersembahkan dengan kepantasan enam per lapan kali masa sebenar. Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan dan sering diiringi muzik yang menggunakan alat kastanet dan tamburin. | UMUM | |
MUSSORGSKY, MODEST | Mussorgsky, Modest (1839–1881) ialah salah seorang komposer Rusia yang ulung dalam sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov (1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky. | UMUM | |
SHUARD, AMY | Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity College of Music. | UMUM | |
SILLS, BEVERLY | Sills, Beverly (1929– ), penyanyi wanita Amerika dan salah seorang soprano opera yang terkemuka pada pertengahan tahun 1900-an. Dia terkenal kerana suaranya lantang, bertenaga dan beralun-alun. | UMUM | |
SPRINGSTEEN, BRUCE | Springsteen, Bruce (1949– ) ialah penyanyi, penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang popular. Peminatnya selalu menggelarnya “The Boss”. Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang bertenaga serta blues dan rock ‘n’ roll yang popular pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir kesemua lagu yang dipersembahkannya. | UMUM | |
SERKIN, RUDOLF | Serkin, Rudolf (1903–1991) ialah pemain piano konsert yang popular. Dia terkenal dengan persembahan muzik Austria dan Jerman tahun 1700-an dan tahun 1800-an yang bertenaga, peka, dan jelas. Dia terkenal kerana permainan solo dan juga persembahan muzik kamarnya. | UMUM | |
NUREYEV, RUDOLF | Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah seorang penari balet teragung pada tahun 1900- an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti persembahannya yang menarik dan teknik tarian yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun 1962, dia mula menari berpasangan dengan balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame Margot Fonteyn. Mereka mengadakan persembahan bersama-sama dalam balet seperti Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai koreografer (penggubah tarian), Nureyev mencipta versi baru beberapa balet, termasuk Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda. | UMUM | |