| BURUNG SIUL | Burung siul ialah nama yang popular untuk semua jenis burung kecil yang bertenggek. Kebanyakan spesies burung ini terkenal kerana lagu yang merdu dan menarik yang dihasilkan. | UMUM | |
| SWALLOW | Swallow ialah burung kecil yang cantik dan menarik. Ia mempunyai sayap yang panjang dan kuat, dan kaki kecil, lemah yang hanya sesuai untuk bertenggek. Ia mempunyai mulut yang besar yang sesuai untuk menangkap serangga, yang menjadi makanan utamanya. Ia memakan banyak nyamuk. | UMUM | |
| DIPPER | Dipper ialah burung kecil bak burung thrush seperti burung murai yang terbang menjunam ke dalam air dan berenang untuk mencari serangga. Nama dipper mungkin berasal daripada tabiat burung ini suka mencelup-celupkan kepalanya sambil bertenggek di atas batu di tengah-tengah anak sungai. | UMUM | |
| KELAWAR | Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala ke bawah apabila ia berehat. | UMUM | |
| MOTMOT | Motmot ialah nama famili burung yang berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan seperti dua raket tenis. Burung ini menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan burung yang tidak bergerak. | UMUM | |