Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHITON

Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit

pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri

daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan

melekat pada isi yang liat.

UMUM 

Kembali ke atas