Mitchell, Reginald Joseph (1895–1937) ialah jurutera penerbangan British yang mereka bentuk Spitfire, iaitu kapal terbang pejuang Britain yang terkemuka semasa Perang Dunia II. Dia menyertai Vicker Aviation Ltd. pada tahun 1916. Joseph Mitchell menjadi ketua pereka dan bertanggungjawab terhadap kapal terbang laut Vickers Supermarine yang memenangi Trofi Schneider tiga kali berturut-turut antara tahun 1927 hingga tahun 1931 (lihat Trofi Schneider). Supermarine S6, pemenang Trofi Schneider pada tahun 1931, ialah kapal terbang pertama yang melebihi kelajuan 644 kilometer (400 batu) sejam. Mitchell lahir berhampiran Stoke-on-Trent, di Staffordshire, England. |