MIRA | Mira ialah bintang merah raksasa. Ia salah satu bintang yang berubah-ubah kecerahannya yang mula-mula ditemui. Pada tahun 1596, ahli astronomi Jerman, David Fabricius mendapati bahawa bintang tersebut berubah-ubah dalam masa beberapa bulan, iaitu daripada malap kepada cerah. Disebabkan penemuan ini, ahli astronomi menamakannya mira iaitu daripada perkataan Latin yang bermaksud menakjubkan . Semasa keadaannya yang paling cerah, kecerahan mira adalah 100 kali ganda daripada keadaannya yang paling malap. | UMUM | |
OSILOSKOP | Osiloskop ialah alat elektronik yang memaparkan isyarat elektrik yang berubah-ubah. Isyarat ini muncul sebagai garis lurus atau garis berombak atau dalam pola-pola lain di atas skrin pendarfluor. | UMUM | |
PERSAMAAN BERNOULLI | Menerangkan kelakuan sesuatu bendalir pada keadaan aliran dan ketinggian yang berubah-ubah. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |
PIRANDELLO, LUIGI | Pirandello, Luigi (1867–1936) ialah pengarang Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya mendakwa manusia memang mempunyai pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar manusia. | UMUM | |
INTONASI | Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pertuturan. Semasa bertutur, nada suara menjadi berubah-ubah. | BAHASA | Konsep |
DEKLENSI | Deklensi ialah penyenaraian bentuk kasus yang berbeza bagi kata nama atau kata ganti. Sesetengah bahasa, seperti bahasa Latin, bahasa Yunani dan bahasa Rusia, mempunyai sistem kasus yang rumit. Ia mempunyai banyak bentuk yang berbeza bagi setiap kata nama dan kata ganti, yang berubah-ubah mengikut cara perkataan digunakan dalam pembinaan ayat. | UMUM | |
SIMBAL | Simbal ialah sejenis alat perkusi bras yang bentuknya seperti topi dengan tepinya yang lebar. Bahagian tengah simbal ini menyerupai kepala atau puncak topi. Ahli muzik memegang pada pemegang kulit simbal yang diikat pada bahagian tengah gendang ataupun dengan menggantungkan alat ini pada tempat khas. Pemain boleh menghasilkan ton yang berubah-ubah mutunya dengan cara memukul dua simbal bersama-sama atau dengan cara memukul satu simbal dengan menggunakan sejenis tukul khas. Tukul ini diperbuat daripada logam atau kayu dan sesetengahnya dibalut dengan kain felt atau yarn. | UMUM | |
TAKWIM HIJRAH | Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun qamariyah sejak zaman dahulu kala. Tetapi bukanlah semua orang Arab di seluruh Semenanjung Arab itu sama dalam cara menggunakan kalendar mengukur waktu dan sejarah yang berlaku di kalangan mereka. Begitu juga panduan dan cara mencatat sejarah yang mereka gunakan adalah sentiasa berbeza dan berubah-ubah. | UMUM | |
SELOMPRET MELAJOE | SELOMPRET MELAJOE, akhbar mingguan dwibahasa, Melayu dan Jawa, yang terkenal pada abad ke-19. Akhbar ini mula diterbitkan pada 3 Februari 1860 di Semarang, Indonesia. Sejak diterbitkan, ejaan pada judul akhbar ini berubah-ubah, iaitu bermula dengan Selompret Melaijoe dan kemudiannya Selompret Malajoe tetapi akhirnya menjadi Selompret Melajoe. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |