Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. |