RINGTAIL | Ringtail yang kurus dan lincah tergolong dalam famili rakun. Haiwan ini mempunyai tubuh berbulu kelabu perang yang berukuran 30 hingga 40 sentimeter panjang. Ekornya yang gebu berukuran 35 hingga 45 sentimeter panjang dan berbelang, jalur hitam dan putih. Ia mempunyai hidung yang tajam dan telinga serta mata yang besar. | UMUM | |
AVOSET | Avoset ialah sejenis burung randuk yang mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira- kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan. Burung ini mempunyai paruh yang panjang, rata, yang melengkung ke atas, dan boleh mengorek-ngorek dasar takungan air cetek. Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan makanan lain yang terapung di permukaan. Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R. avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana. | UMUM | |
BURUNG HAWARI | Burung hawari berwarna kelabu atau hitam, bergerak pantas dan berukuran kira-kira 30 sentimeter panjang. Burung ini berasal dari Australia. Hawari merayau-rayau di hutan, memakan serangga dan biji-bijian. Burung Hawari bergerak dalam kumpulan sebanyak kira-kira 12 ekor. Disebabkan inilah burung ini diberi nama sempena dengan nama hawari dalam Bible – 12 orang pengikut Jesus Christ. | UMUM | |
MENARA PELURU | Menara peluru ialah struktur yang digunakan untuk membuat peluru bagi senjata api. Pada masa dahulu, menara peluru ialah menara kayu atau batu yang berukuran antara 15 meter hingga 30 meter tinggi. Plumbum cair dicurahkan melalui suatu bekas yang mempunyai lubang di bahagian atas menara. Setiap ketulan kecil plumbum yang jatuh, membentuk sebuah bebola yang bulat. Ia menyejuk dalam bentuk ini apabila jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk. Pada hari ini, kebanyakan peluru dibuat dalam menara yang berukuran sehingga 58 meter tinggi. | UMUM | |
SUNGAI MURRAY | Sungai Murray dan cawangan-cawangan sungainya membentuk sistem sungai terbesar di Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi 1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai Murray yang utama ialah Sungai Darling yang berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560 kilometer panjang. Sungai Murray-Darling merupakan sistem sungai yang keempat terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut berukuran sejauh 3782 kilometer. | UMUM | |
MARTIN | Martin ialah nama beberapa jenis burung daripada famili burung layang-layang. Kebanyakan burung martin berukuran 15 sentimeter panjang. | UMUM | |
ANGSA CAPE BARREN | Angsa Cape Barren ialah sejenis burung besar yang luar biasa dari Australia. Burung ini berukuran lebih kurang 85 sentimeter panjang, dan depa sayapnya 1.7 meter. Bulunya berwarna kelabu dan paruhnya berwarna hitam. Burung ini membiak hanya di pulau-pulau di Selat Bass dan Recherche Archipelago, di Australia Barat. | UMUM | |
PULAU MACQUIRE | Pulau Macquire terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik, kira-kira 1500 kilometer di tenggara Tasmania. Pulau ini berukuran 34 kilometer panjang dan hanya tiga kilometer lebar. Ia mempunyai penara yang meninggi secara mendadak sehingga 300 meter dari aras laut. Pada tahun 1911, penjelajah kutub, Doughlas Mawsan telah membina sebuah stesen Radio di pulau ini untuk ekspedisi Antartiknya. Ekspedisi Penyelidikan Antartik Nasional Australia (The Australian National Antarctic Research Expedition (ANARE) mengekalkan stesen yang telah dibina di kawasan tersebut. | UMUM | |
DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
KAPAN TURIN | Kapan turin ialah kain linen yang ramai orang percaya ialah kain kapan Jesus Christ. Kain ini berukuran 434 x 109 sentimeter. | UMUM | |