DEMAM BERULANG | Demam berulang ialah penyakit berjangkit yang berlaku terutamanya di kawasan tropika, yang sering menjadi wabak. Demam ini disebabkan oleh bakteria yang dinamakan spiroket. | UMUM | |
RIMA | Rima bermakna bunyi yang bergema atau berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam petikan daripada penyair Ireland, William Butler Yeats: | UMUM | |
KLEPTOMANIA | Kleptomania ialah kegagalan yang berulang-ulang untuk menghalang gerak hati daripada mencuri. Mereka yang mengalami kleptomania mencuri benda-benda yang tidak diperlukannya atau yang tidak boleh digunakannya. Mereka tidak mengetahui mengapa mereka melakukannya. | UMUM | |
TABIAT | Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut. Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah laku yang semula jadi, bukannya perkara yang dipelajari (lihat Naluri ). | UMUM | |
ENZIM TERSEKAT GERAK | Enzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjar | KEJURUTERAAN | Konsep |
MUZIK RAP | Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular yang pada umumnya ditutur atau diratibkan berulang-ulang dengan rentak yang cepat, berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan dengan iringan muzik yang menekankan ritma daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan dengan corak-corak baru. | UMUM | |
REGULUS, MARCUS ATILIUS | Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ). | UMUM | |
PULAU MANHATTAN | Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan, kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater. Manhattan mempunyai penduduk seramai 1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan air pedalaman. Pulau ini membentuk borough (daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima borough New York . Sungai East ialah sempadan timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya. Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan pulau ini dengan borough lain dan New Jersey. | UMUM | |
SKLEROSIS BERBILANG | Sklerosis berbilang, juga dikenali sebagai Multiple Sclerosis (MS), merupakan penyakit sistem saraf. Ia dicirikan oleh serangan yang berulang disebabkan kerosakan sistem saraf, diikuti dengan pemulihan. Jarak masa dan teruknya serangan ini tidak dapat ditentukan. Penyakit ini boleh menyebabkan ketakupayaan yang serius, termasuk lumpuh kaki dan kehilangan sebahagian daripada penglihatan. Lebih ramai perempuan menderita penyakit MS daripada lelaki. Kebanyakan pesakit mula mendapat gejala MS apabila mereka berumur dari 20 tahun hingga 25 tahun. | UMUM | |
BOLA TAMPAR | Bola tampar ialah permainan memukul bola berulang-alik melintasi jaring dengan menggunakan tangan atau kepala. Bola tampar adalah salah satu permainan berpasukan yang popular di dunia.
| UMUM | |