ENZIM TERSEKAT GERAK | Enzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjar | KEJURUTERAAN | Konsep |
REGULUS, MARCUS ATILIUS | Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ). | UMUM | |
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME) | Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis gangguan yang menimpa kebanyakan orang dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh berlaku berulang kali dari semasa ke semasa ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin menyebabkan keadaan itu. | UMUM | |
SPRINGBOK | Springbok, yang juga dikenali sebagai springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat berulang kali setinggi dua meter ke udara apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan kencang. Lompatan ini mengalih perhatian pemangsa seperti singa dan harimau kumbang. Springbok mempunyai sejalur bulu panjang berwarna putih di tengah belakangnya yang akan tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan antelop ini kambing kipas. | UMUM | |
NEURALGIA | Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui. Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata, muka, lidah, atau kerongkong. | UMUM | |
SISTEM TORRENS | Sistem Torrens ialah sistem untuk mendaftarkan geran harta tetap (tanah dan bangunan). Sistem ini diambil daripada nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858. Tujuan sistem ini ialah untuk menjadikan pemindahan hartanah adalah mudah dan selamat seperti pemindahan harta lain dan mengakhiri pemeriksaan geran yang berulang kali. | UMUM | |
PERJANJIAN LIMERICK | Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang menamatkan peperangan antara raja-raja England, William III dengan James II. Orang Inggeris telah menggulingkan James, yang bermazhab Roman Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong James yang dikenali sebagai Jacobites , mula memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali sehingga pada tahun 1691, mereka hanya menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3 Oktober. | UMUM | |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
DERU CAMPUR DEBU | DERU CAMPUR DEBU, kumpulan puisi Chairil Anwar yang diterbitkan pertama kali oleh penerbit Pembangunan Opbouw, Jakarta, pada tahun 1949. Kumpulan puisi ini kemudiannya diterbitkan berulang kali oleh beberapa penerbit lain. | SASTERA | Karya |
TEOREM BINOMIAL | Teorem binomial ialah formula algebra yang penting. Binomial ialah ungkapan yang mengandungi sama ada tanda plus atau tanda minus. Contohnya, (a+b) ialah binomial. Ungkapan ( a + b ) ⁿ bermakna ( a + b ) akan ditambah sehingga kuasa ke- n (ungkapan itu sendiri didarab dengan ungkapan itu juga berulang kali sebanyak n kali). Operasi ini menghasilkan ungkapan yang dinamai pengembangan binomial. | UMUM | |