SPRINGBOK | Springbok, yang juga dikenali sebagai springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat berulang kali setinggi dua meter ke udara apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan kencang. Lompatan ini mengalih perhatian pemangsa seperti singa dan harimau kumbang. Springbok mempunyai sejalur bulu panjang berwarna putih di tengah belakangnya yang akan tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan antelop ini kambing kipas. | UMUM | |
KROKET | Kroket ialah suatu permainan popular yang dimainkan di halaman berumput. Pemain menggunakan tukul kayu untuk memukul bola melalui lengkungan kecil yang disebut gelungan. | UMUM | |
KUDU | Kudu ialah antelop besar. Dua jenis kudu hidup di kawasan berumput di selatan dan timur Afrika, di selatan Sahara. | UMUM | |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |
MEADOWLARK | Meadowlark ialah nama biasa bagi dua spesies burung yang sama di Amerika Utara yang menghuni padang berumput, padang rumput dan prairie. | UMUM | |
SUDAN | Sudan ialah negara yang terbesar di Afrika dari segi keluasan. Ia terletak di bahagian timur laut benua tersebut. Sudan mempunyai ciri geografi yang sangat berbeza-beza. Wilayahnya berselerak merentasi gurun yang luas di utara, dataran berumput di kawasan tengah, hutan berbahang dan paya di selatan. Sungai Nil adalah ciri geografi yang sangat penting bagi Sudan. Khartoum, ibu negara Sudan, dan Ondurman, bandar terbesar, terletak di tebing Sungai Nil. Kebanyakan penduduk Sudan tinggal berdekatan Sungai Nil atau salah satu daripada cabangnya. | UMUM | |
AYAK-AYAK | Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi sejenis serangga berkaki panjang yang juga dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia mempunyai badan yang langsing dan kaki yang sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang dengan perlahan dan lazimnya terdapat di kawasan berumput dan berhampiran dengan air. Ayak-ayak betina bertelur, kemudian telur tersebut menetas menjadi larva yang dikenali sebagai ‘Leather-jacket’ . Makanan utama leather jacket ialah akar tumbuhan. Sesetengahnya haiwan perosak bagi tanaman bijirin. | UMUM | |
STONECHAT | Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun rumput dan memakan larva serangga, cacing, kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah ke selatan pada musim sejuk. Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata. | UMUM | |
BURUNG BOTAK | Burung botak ialah burung besar berkaki panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak mencari makanan di paya dan rawang, tetapi sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau di dataran berumput dan di kawasan ladang. | UMUM | |
TASIK GEORGE | Tasik George, terletak di New South Wales, Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra. Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut. Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira 25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain, tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat New South Wales (peta). | UMUM | |