Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.Öun.sur]/[ber.un.sur] | برعنصور

Definisi : mempunyai unsur, bersifat: cerita pendek dan rencana Salim ~ cercaan dan sindiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.Öun.sur]/[ber.un.sur] | برعنصور

Definisi : mempunyai unsur; bersifat: Cerita itu ~ agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unsur (kata nama)
1. Bersinonim dengan bahagian: bahan asal, zat, elemen, komponen,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan anasir, bahana, gejala, tanda-tanda, punca, sebab, penyebab, petanda, ciri,

Kata Terbitan : berunsur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HADIAH SASTERA BERUNSUR ISLAM

Hadiah Sastera Berunsur Islam, hadiah yang diberikan kepada penulis yang menghasilkan karya sastera bercirikan nilai-nilai Islam.

SASTERAAnugerah/Hadiah
DIKIR REBANADIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MILTON, JOHN

Milton, John (1608–1674) ialah penyair dan penulis

bahan berunsur politik Inggeris. Dia ialah pengarang

Paradise Lost (diterbitkan pada tahun 1667, edisi

semakan 1674), yang dianggap ramai sebagai puisi

epik agung dalam bahasa Inggeris. Dia juga menulis

Paradise Regained (1671) dan Samson Agonistes

(1671). Milton mengarang dua buku yang pertama ini

dan mungkin juga yang terakhir, apabila dia menjadi

buta sepenuhnya. Tarikh karya Samson Agonistes

tidak dapat dipastikan.

UMUM 
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
AL-IKHWAN

AL-IKHWAN, majalah  berunsur Islam yang mula diterbitkan pada   16 September 1926 di Pulau Pinang.

SASTERAKonsep
BARIPBARIP, organisasi berunsur politik yang wujud di Brunei dan mempunyai cawangannya di Sabah.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HIKAYAT PATANIHIKAYAT PATANI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini tidak menyebut nama pengarangnya. Hikayat ini dibukukan oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt dengan judul Hikayat Patani, Bibliotheca Indonesia 5 pada tahun 1970 dan diterbitkan oleh Martinus Nijhoff. SASTERAKarya
HIKAYAT SERI RAMAHIKAYAT SERI RAMA, sastera epik berunsur Hindu. Hikayat ini berasal daripada kitab suci India yang terkenal, Ramayana.SASTERAKarya
HIKAYAT RAJA PASAIHIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit.SASTERAKarya
123

Kembali ke atas