APEX | Apex adalah sebuah organisasi bagi kaum lelaki yang berusia antara 18 hingga 40 tahun. Matlamatnya adalah untuk memberikan perkhidmatan masyarakat, menggalakkan persahabatan di kalangan ahli, dan mewujudkan masyarakat yang bijak dan agresif. Persatuan ini dimulakan di Geelong, Victoria, Australia pada tahun 1931 oleh tiga orang arkitek. | UMUM | |
SIBIL | Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. | UMUM | |
PETER II | Peter II (1923–1970) menjadi raja Yugoslavia pada tahun 1934 ketika berusia 11 tahun apabila bapanya, Raja Alexander, dibunuh. | UMUM | |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (1869–1957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
SASTERA REMAJA | SASTERA REMAJA, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan bagi golongan pembaca yang berusia antara 12 tahun hingga 20 tahun. Golongan remaja ini pula boleh dikelompokkan kepada tiga kelompok usia iaitu awal remaja (berusia antara 12 – 15 tahun), pertengahan remaja (berusia antara 15 – 18 tahun) dan akhir remaja (berusia antara 18 – 20 tahun). | SASTERA | Konsep |
EINSTEIN, ALBERT | Einstein, Albert (1879–1955) ialah ahli sains agung sepanjang zaman. Dia terkenal kerana teori relativitinya, yang diusulkan ketika dia baru berusia 26 tahun. | UMUM | |
SEKOLAH TINGGI | Sekolah tinggi ialah sekolah yang terdapat di Amerika Syarikat dan Kanada yang menyediakan beberapa tahun pengajian untuk kanak-kanak yang berusia antara 14 tahun dan 17 tahun di bawah peringkat umur muda. Di negara-negara lain sekolah tinggi dikenali sebagai sekolah menengah . Sekolah tinggi menyediakan pendidikan biasa dan menyediakan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke kolej atau untuk mendapatkan pekerjaan. | UMUM | |
SYEIKH AHMAD AL-FATANI | Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib. Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima pendidikan khas dalam bidang ini. | UMUM | |
DUCHY OF CORNWALL | Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang dianugerahkan kepada putera sulung raja yang menerima hasil daripada estet ini setelah dia berusia 21 tahun. | UMUM | |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |