SALPIGLOSIS | Salpiglosis ialah tumbuhan dalam famili kentang. Ditanam sebagai tumbuhan laman, ia berkaitan dengan petunia. Seperti petunia, salpiglosis mempunyai bunga berbentuk trompet, tetapi berwarna lebih menarik lagi. Warnanya berbagai-bagai, termasuk merah tua, samar, ungu, jingga keperangan, jingga kesumba, kuning dan putih. Kelopaknya mempunyai kilauan yang kebalduan dan biasanya berjalur-jalur kuning atau warna-warna lain. Salpiglosis adalah tumbuhan tahunan. Ia tumbuh setinggi lebih kurang 46 sentimeter dan mempunyai beberapa bunga dekat bahagian atas setiap ranting. Pengelasan saintifk. Salpiglosis tergolong dalam famili nightshade, Salonaceae. Ia adalah Salpiglossis sinuata . | UMUM | |
NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |
MURAI | Murai ialah nama yang diberi kepada sebilangan burung yang berbeza dalam famili gagak, yang berekor panjang. Murai biasa di Asia, Eropah, dan Amerika Utara berwarna hitam dengan warna putih di bahagian bawah dan di hujung sayapnya. Panjangnya lebih kurang 45 sentimeter. Bulu hitam di sayap dan di ekornya berwarna hijau-gangsa berkilat. | UMUM | |
PHLOX | Phlox ialah tumbuhan taman yang biasa terdapat dengan bunganya berwarna terang. Nama phlox berasal daripada perkataan Yunani bagi api yang menyala . Walaupun terdapat pelbagai warna, bunga phlox tidak pernah berwarna merah menyala. | UMUM | |
KEMBANGAN MERAH | Kembangan merah ialah istilah yang digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau tasik yang berwarna keperang atau kemerahan. Warna ini datangnya daripada organisma mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini mungkin menganjur daripada beberapa meter persegi hingga kepada lebih daripada 2500 kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di dunia. | UMUM | |
YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
ARANG | Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya, arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna); dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan bakar; dan sebagai alat melukis. | UMUM | |
AKUAMARIN | Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang dinamakan beril . Warna yang paling popular ialah biru langit. Hampir semua akuamarin adalah lutsinar. | UMUM | |
BUTTERKUP | Butterkup ialah bunga liar berwarna kuning terang yang terdapat di kebanyakan bahagian zon beriklim sederhana. Nama butterkup berasal daripada warna bunga berbentuk cawan. Butterkup biasanya mempunyai lima kelopak bulat dengan permukaan berkilat seperti satin. Daunnya biasanya terbahagi kepada tiga bahagian, dan kelihatan seperti kaki burung. | UMUM | |
PUFFBALL | Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah berbentuk bola yang mengandungi spora di dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya belum bertukar warna, atau menjadi bersabut. Apabila puffball matang, bahagian dalamnya menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna kekuningan atau keunguan atau hijau. | UMUM | |