Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.zan.ji] | برزنجي

Definisi : 1. sj nyanyian utk memuji Nabi Muhammad SAW: pd majlis itu, diadakan bacaan al-Quran, ~, dan qasidah; 2. karya prosa berirama (gurindam, puisi) bernada puji-pujian tentang riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, ciptaan Jaafar al-Barzanji (yg sering dibaca pd Hari Maulidur Rasul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.zan.ji] | برزنجي

Definisi : barzanji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berzanji


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERZANJI

BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan ‘berzanji’ dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan ‘Barzanji’ yang sebenarnya  nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766.  Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas