PENUNJUK ASID BES | Larutan akueus bahan organik yang mengandungi ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH-, daripada penceraian air. | KIMIA | Alat/Alatan |
BES | Bes ialah sebatian kimia yang berasa pahit, payau dan terasa licin apabila disentuh. | KIMIA | Alat/Alatan |
ALKALOID | lkaloid ialah sebarang kumpulan bes organik yang ditemui dalam tanaman. Alkaloid mengandungi karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen. | UMUM | |
AMINA | Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya. Ahli kimia membentuk amina dengan menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom hidrogen pada ammonia dengan mana-mana kumpulan struktur organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh asid, amina membentuk garam (lihat Garam; Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci, pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem fotograf, dan perencat karat. | UMUM | |
ANHIDRIDA | Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk asid atau bes apabila berpadu dengan air. Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ). | UMUM | |
MORDAN | Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan pewarna untuk mencegahnya daripada mudah larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan mordan tidak akan luntur, dan dengan itu warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk garam kromium, ferum, aluminium, timah dan logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa. Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu pewarna asid dimordankan dengan garam aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas menjadi merah terang, yang dinamakan merah Turki . Lihat juga Lak (Pewarna). | UMUM | |
THE WHO | The Who , menjadi salah sebuah kumpulan penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik rock British. The Who, pada mulanya terdiri daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945– ); penyanyi utama, Roger Daltrey (1945– ); pemain bes, John Entwistle (1946– ); dan pemain dram, Keith Moon (1947–1978). Selepas Keith Moon meninggal dunia disebabkan dos dadah yang berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who digubah oleh Townshend. | UMUM | |
PH | pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0 hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah asid, manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan hidrogen (potential of hidrogen). | UMUM | |
ASID | Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak logam dan menukar warna kertas litmus biru kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes atau alkali meneutralkan asid. | UMUM | |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |