| KALSEDONI | Kalsedoni ialah mineral yang sebahagian  besarnya terdiri daripada kristal kuarza halus  dengan liang-liang halus.  | UMUM |   | 
			
				| SAMARKAND | Samarkand (pend. 515 000) ialah bandar yang kedua besarnya di Uzbekistan dan bekas ibu negaranya. Untuk lokasinya lihat Uzbekistan (peta). Bandar ini merupakan pusat pendidikan. Kilang- Kilangnya membuat komponen radio, sutera, superfosfat dan bahagian-bahagian traktor. Samarkand menduduki tapak Marakanda purba. Iskandar Agung memusnahkan Marakanda pada tahun 329 S.M. Pada tahun 1300-an, Tamerlane, penakluk Mongol, memilih bandar ini sebagai ibu negaranya.  | UMUM |   | 
			
				| DALE | Dale ialah lembah-lembah indah yang sebahagian  besarnya terletak di Yorkshire Utara, England.  Yang pentingnya, Dale mendapat nama daripada  nama sungai yang mengalir melalui kawasannya  termasuk Nidderdale, Ribblesdale, Swaledale dan  Wharfedale.  | UMUM |   | 
			
				| AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN | Australia, Sistem perundangan. Sistem perundangan Australia sebahagian besarnya berdasarkan sistem perundangan England. Banyak undang-undang Australia kini berasal daripada undang-undang Inggeris yang dibawa oleh peneroka awal. Tetapi, Australia adalah persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya sendiri dan mempunyai undang-undang yang hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping itu, Australia mempunyai sistem mahkamah persekutuan dan undang-undang persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara.  | UMUM |   | 
			
				| DEMOKRAT LIBERAL | Demokrat Liberal ialah nama parti politik  yang ketiga besarnya di Britain. Dasar parti ini  menekankan hak individu. Parti ini menarik  minat rakyat yang mempercayai bahawa  perubahan dalam kehidupan di Britain perlu  tetapi menolak sosialisme.  | UMUM |   | 
			
				| DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.  Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,  tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap  sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan  di negara industri diperoleh daripada haiwan yang  diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging  yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi,  biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging  haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,  ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan  daging.  | UMUM |   | 
			
				| ENJIN DIESEL | Enjin diesel ialah sejenis enjin pembakaran  dalam yang sebahagian besarnya digunakan  untuk kerja berat.  | UMUM |   | 
			
				| TARSIER | Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai kepala yang bulat dan mata yang luar biasa besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia dan beruk, tarsier tergolong dalam order  primat  (lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang, kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek dan kaki belakangnya panjang yang membantunya melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya. Kesemua jari tangannya yang panjang dan kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya. Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke pokok pada malam hari, memakan serangga, siput, dan cicak kecil. Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus  Tarsius  .  | UMUM |   | 
			
				| SCULLARD, HOWARD HAYES | Scullard, Howard Hayes ( 1903–1983) ialah pakar Inggeris tentang sejarah Rom purba. Karya Scullard sebahagian besarnya tertumpu pada penulisan tentang Republik Rom, tetapi salah sebuah bukunya yang terbaik,  From the   Gracchi to Nero  (1959), merupakan fakta dan analisis yang bijak tentang peralihan pemerintah daripada Republik kepada Empayar. Karya Scullard yang lain termasuklah  A History of the   Roman World from 753 to 146 B.C.  (1935),  A History   of the Roman World from 146 to 30 B.C.  (1953),  Rome and the Etruscan Cities  (1967)  , The Elephant   in the Greek and Roman World  (1974), dan  Roman   Britain: Outpost of Empire  (1979). Howard Scullard pernah menjadi editor bersama  The Oxford   Classical Dictionary.   | UMUM |   | 
			
				| PULAU ELLESMERE | Pulau Ellesmere terletak di utara Greenland. Ia meliputi kawasan seluas 196 236 kilometer persegi dan pulau yang ke-10 besarnya di dunia. Ia mempunyai penduduk seramai 106 orang yang tinggal di beberapa petempatan.  | UMUM |   |