KOBALT | Kobalt ialah unsur logam berwarna putih perak yang digunakan terutamanya dalam aloi. Kobalt mempunyai banyak sifat besi dan nikel. Ketiga-tiga logam ini adalah keras dan bermagnet, dan ia bertindak balas dengan asid biasa untuk menghasilkan hidrogen. | UMUM | |
SWEDEN | Sweden ialah negara industri yang makmur di utara Eropah. Penduduk Sweden telah membangunkan industri yang benar-benar berjaya berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air. | UMUM | |
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |
ZAMAN GANGSA, | ZAMAN GANGSA, kebudayaan prasejarah yang berasaskan penggunaan alat yang dihasilkan daripada tiga unsur logam utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Penghasilan alat gangsa dikatakan yang terawal muncul pada Zaman Logam, yakni artifak daripada gangsa dihasilkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan penggunaan alat besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ZAMAN MESOLITIK | ZAMAN MESOLITIK, istilah yang merujuk kepada tahap kebudayaan yang wujud di Eropah yang bermula sekitar 10 000 tahun S.M. Zaman Mesolitik dikenal juga sebagai Zaman Batu Pertengahan yang menggambarkan perubahan teknologi dan cara hidup zaman prasejarah di Eropah. Zaman tersebut diperkenalkan selepas C.J. Thomsen, ahli arkeologi Denmark, memperkenalkan Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Bermula pada tahun 1892, Mesolitik meluas digunakan untuk mentafsir zaman peralihan kebudayaan di antara kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |