Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betapa

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Titik ditampung,
     meresap dipalit.

Bermaksud :

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUHU

Suhu ialah betapa panas atau sejuknya sesuatu

yang diukur pada skala tertentu. Konsep suhu

berkaitan rapat dengan aliran haba di antara dua

objek berkaitan yang berbeza suhunya. Haba

sentiasa bergerak dari objek yang lebih panas

kepada objek yang lebih sejuk.

UMUM 
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 
STATUTE OF LIMITATION

Statute of limitation ialah undang-undang yang

menentukan had masa bagi memulakan tindakan

atau prosiding undang-undang. Tindakan bermula

selepas tempoh statute of limitation yang diluluskan

dihalang, tidak kira betapa adilnya tindakan tersebut.

Statute of limitation dapat mengelakkan terjadinya

kes-kes apabila situasi sebenar menjadi samar-samar

disebabkan jarak masa yang lama diambil untuk

mengendalikan kes tersebut.

UMUM 
ALFIERI, VITTORIO

Alfieri, Vittorio (1749–1803), penulis drama dan

penyair Itali. Dia lahir dalam keluarga aristokratik

di Asti, di daerah bahasa Perancis dituturkan oleh

golongan bangsawan. Pengalaman menulis

pementasan pertamanya pada tahun 1774

mengajarnya betapa kurangnya pengetahuannya

tentang orang Itali

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
ASCHAM, ROGER

Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi

kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian

Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I.

Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster

(1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan

pandangannya tentang pendidikan, berasaskan

pengalamannya. Dia menekankan betapa

pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby

Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara.

UMUM 
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
BIERCE, AMBROSE GWINETT

Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah

penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal

dengan cerita perang yang realistik di samping

cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai

gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak

dalam ceritanya didorong oleh naluri yang

paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti

haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya

ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce

terhadap kekejaman dan kematian.

UMUM 
WASIATWASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat.  Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan.  Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah.  Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi  tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil.  Tradisi ini dikatakan ‘wasiat’ terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya.BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas