Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan yang diberikan kepada haiwan ternakan. <I>Makanan I> <I>pelawas I>(<I>makanan kasarI>) yang digunakan termasuk kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan padang rumput ternak seperti rumput dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan sebagai rumput kering. Penternak sering mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan ternakan yang dikenali sebagai <I>silaj I>. Bijian jagung, betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan dengan bahan lain untuk membuat satu lagi makanan ternakan. |