BETAWI | Betawi, nama lama bagi Jakarta. Kawasan asalnya terletak di muara Sungai Ciliwung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI | SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu lama berbentuk puisi, yang bercorak sejarah. Ia juga dikenali dengan nama Syair Inggeris Menyerang Kota dan Syair Perang Betawi. Syair ini terdiri daripada 435 buah rangkap termasuk dua rangkap mukadimah dan satu rangkap kolofon. Syair ini menggunakan bahasa Melayu-Jawa, bahasa Arab, parsi, Tamil dan Sanskrit. Syair Perang Inggeris di Betawi selesai dikarang pada 12 Muharam 1231 H (sekitar tahun 1815). | SASTERA | Konsep |
SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI | Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710–1812) ialah ulama Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari. Semasa berada di Betawi, dia bersama-sama rakannya, iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falembani, Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Wahab Bugis telah ditangkap oleh pihak Belanda kerana disyaki menimbulkan kekacauan di sana. | UMUM | |
DIALEK MELAYU JAKARTA | DIALEK MELAYU JAKARTA, salah satu nama kepada bahasa Melayu yang digunakan di Jakarta, Indonesia. Nama lain ialah bahasa Betawi, bahasa Melayu Betawi dan bahasa Jakarta. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk asli Jakarta. | BAHASA | Bahasa |
PEMBUNUHAN AMBON | PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon. Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia. Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon. Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah. Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda. Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
TALIB KARIM, DATO' | TALIB KARIM, Dato’ (1911-1979), Ketua Menteri Melaka (1967-1972), Dia lahir pada bulan April 1911 di Kampung Bahru, Alor Gajah, Melaka. Dia mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Alor Gajah, dan pelajaran Inggeris di High School, Melaka pada tahun 1930. setelah menamatkan pelajarannya, dia ke Betawi. Di sana, dia sering mengikuti syarahan pejuang kemerdekaan Indonesia seperti Sukaono, Sjahrir dan Omar Said Tjokroaminoto. Pengalaman ini telah mendedahkannya kepada perkembangan politik semasa. Dari Betawi dia berhijrah ke Medan, dan berkahwin pada tahun 1936. pada tahun 1939, dia kembali ke Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BINTANG BARAT | BINTANG BARAT, akhbar yang diterbitkan oleh Ogilvie & Co, di Betawi, Jawa, pada tahun 1869. Pada peringkat awal penerbitannya, Bintang Barat merupakan akhbar mingguan, kemudian diterbitkan dua kali seminggu dan seterusnya diterbitkan secara harian pada tahun 1886. Antara editor yang terlibat termasuklah J. Keiffer, Oeij Tjai Hin dan E.F. Winggers. Bintang Barat memuatkan berita dan rencana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
PERJANJIAN PAINAN | PERJANJIAN PAINAN (1663), perjanjian yang ditandatangani pada 5 Julai 1663 antara pemerintah tempatan Sumatera Barat iaitu wakil-wakil dari Inderapura, Sapuloh Buah Bandar, Padang dan Tiku dengan Belanda di Betawi. Belanda diwakili oleh Jan van Groenewegen, seorang pegawai tertinggi Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK | SYEIKH MUHAMMAD JAMIL JAMBEK (1862-1947), ulama Indonesia. Beliau lahir di Bukittinggi, Sumatera. Ayahnya seorang penghulu adat, manakala ibunya berasal dari Betawi. Riwayat hidupnya seperti sebuah cerita rakyat yang mengisahkan peralihan seorang `parewa’, iaitu anak muda yang adventurer, menjadi seorang ulama besar. Setelah berumur 24 tahun, Syeikh Muhammad Jamil ke Makkah untuk belajar dan menetap di sana selama 10 tahun. Beliau berguru dengan Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi dan Syeikh Tahir Jalaluddin, yang memberinya nama julukan al-Falaqi. Pada tahun 1903, beliau kembali ke Minangkabau. Setelah Syeikh Tahir Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura, Syeikh Muhammad Jamil bersama-sama Haji Abdul Karim Amrullah, Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh M. Thaib Umar, memperkenalkan cita-cita dan pemikiran Kaum Muda. Mereka dianggap sebagai `empat sekawan’ ulama Kaum Muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |