EJAAN SOEWANDI | EJAAN SOEWANDI, sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.
| BAHASA | Bahasa |
PENGAJIAN MELAYU DI ITALI | PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika. Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia. Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969. setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini. Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes. | BAHASA | Institusi/Organisasi |