Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang yg diberikan kpd pelajar utk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti); berbiasiswa mempunyai biasiswa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang bantuan yg diberikan kpd pelajar atau kpd mahasiswa utk membantu mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasiswa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIASISWA RHODES

Biasiswa Rhodes ialah anugerah yang

membolehkan pelajar dari beberapa buah negara

belajar di Oxford University, England. Biasiswa ini

membiayai bayaran tuisyen pelajar dan juga elaun

perbelanjaan sara hidup. Biasiswa ini diberi selama

dua tahun, tetapi kadangkala dilanjutkan untuk

tahun ketiga.

UMUM 
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM 
BIASISWA FULBRIGHT

Biasiswa Fulbright ialah anugerah yang

diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat bagi

penyelidikan, pengajaran, atau kajian graduan.

Program biasiswa tersebut dimulakan di bawah

Fulbright Act tahun 1946, dinamakan mengikut

nama penajanya, Senator J. William Fulbright dari

Arkansas. Ia cuba menggalakkan pemahaman yang

lebih baik antara rakyat Amerika Syarikat dengan

rakyat negara lain.

UMUM 
SHREWSBURY SCHOOL

Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI

pada tahun 1552 adalah antara sekolah

awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak

di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui

kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang

pengetuanya yang ulung telah mengembalikan

reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari

tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan

kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari

tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan

pengajian moden dan menggalakkan minat dalam

muzik dan sukan.

UMUM 
SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, TUN

SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, Tun, (1906-1975), Ketua Hakim Negara (1966) dan Gabenor Pulau Pinang yang keempat (1969-1974). Beliau lahir pada 10 November 1906 di Alor Setar, Kedah. Syed Sheh mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Kedah. Di sana, beliau memasuki Inner Temple untuk mengikuti kursus undang-undang dan lulus pada tahun 1934.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NUR MISUARI

NUR MISUARI, Datuk Seri  ( ?   -     ), tokoh pejuang Islam Filipina dan pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). Dia lahir di Sulu, Filipina Selatan. Dia dianugerahi biasiswa ‘Commission on National Integration College Programme’ semasa belajar di University of Philippines dan memperolehi ijazah Sains Politik. Dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Asia di universiti yang sama sehinggalah dia menghilangkan diri setelah terlibat dalam pergerakan bawah tanah untuk memimpin menentang pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LATIFF MOHIDIN

LATIFF MOHIDIN (1938-      ), pelukis dan penyair. Dia lahir pada 20 Ogos 1938 di Lenggeng, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Latiff bin Haji Mohidin. Dia pernah menggunakan nama pena Alma dan A. Latiff Mohidin. Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lenggeng, Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Kemudian dia belajar di Sekolah King George V di Seremban hingga lulus School Certificate (1959). Dia ditawarkan biasiswa oleh pemerintah Republik Persekutuan Jerman untuk melanjutkan pengajian di Academy of Fine Arts, Berlin, (1960-1964). Pada tahun 1969, dia mempelajari seni goresan di Atelier La Courriere, Paris dengan bantuan Kementerian Kebudayaan Perancis dan menyambung kursus yang sama di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
EUSOFFEE ABDOOLCADER, TAN SRI

EUSOFFEE ABDOOLCADER, Tan Sri (1924 – 1996), hakim dan ahli perundangan. Dia lahir pad 18 September 1924 di Pulau Pinang, Eusoffee memulakan pengajianya di Penang Free School, Pulau Pinang an meneruskan pengajian  ke Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Kyoto dan seterusnya ke University College, University of London. Dia mendapat penghormatan tertinggi sebagai pemegang Biasiswa pelajar University of London bagi bidang perundangan dari tahun 1949 hingga tahun 1950 dan mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undag dengan kepujian Kelas Satu. Dia adalah ahli Gray’s Inn dan seterusnya diterima sebagai peguam di United Kingdom pada 26 Januari 1950. Dia diterima sebagai peguam di Tanah Melayu pada 30 Mac 1951 dan seterusnya bertugas di Singapura pada 12 November 1969.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARID WARDI SUDIN

PARID WARDI SUDIN (1944-     ), ahli akademik dan arkitek.   Dia lahir pada 9 Februari 1944 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Johor.  Pada tahun 1964, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of Wales, United Kingdom dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat Diploma Seni Bina pada tahun 1970.  Sekembalinya ke tanah air, dia terus mendaftar dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia.  Dia kemudian menjadi arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

BUDAYATokoh
TH. SRI RAHAYU PRIHATINI

TH. SRI RAHAYU PRIHATINI (1944 -         ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 7 Mei 1944 di Yogyakarta, Indonesia. Dia dibesarkan dalam lingkungan keluarga guru. Pendidikan formal yang pernah diterimanya ialah Sekolah Dasar (1950 – 1956), Sekolah Guru Bawah (1956 – 1960), Sekolah Guru Atas (1960 – 1963), Falkutas Sastra Universitas Gadjah Mada (1963 – 1971); mengikuti Program Studi Pasca Sarjana di Universitas Gadjah Mada, dan memperolehi Sarjana dari University Flinders, Australia (1983 – 1985) atas biasiswa daripada The Ford Foundation. Pada tahun 1993, dia memperolehi Doktor Falsafah dari Universitas Indonesia.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas