Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.blio.gra.fi] | بيبليوݢرافي

Definisi : 1. senarai terbitan (buku dll) tentang sesuatu subjek atau drpd seseorang pengarang: ~ manuskrip Melayu Lama; 2. senarai buku, makalah, dll yg digunakan atau dirujuk dlm menghasilkan sesebuah karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.blio.gra.fi] | بيبليوݢرافي

Definisi : senarai buku atau karangan drpd seseorang penulis atau ttg sesuatu perkara; daftar pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibliografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIBLIOGRAFI

Bibliografi ialah senarai buku atau rencana

tentang sesuatu subjek. Bibliografi juga biasa

terdapat di hujung buku teks atau rencana panjang

yang baik. Bibliografi memberi rujukan kepada

pembaca tentang tulisan-tulisan lain yang memberi

maklumat tambahan tentang subjek itu.

UMUM 
A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA

A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA, siri kelima penerbitan bibliografi yang dibiayai oleh The Netherlands Institute for International Cultural Relations atau Koninklijk Instituut voor Taal Land-en Volkenkunde.

BAHASAKonsep
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 

Kembali ke atas