Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.Öah]/[bid.Öah] | بدعة

Definisi : 1. pembaruan, terutamanya dlm agama Islam (ada yg diterima dan ada yg bercanggah dgn agama Islam); 2. pembohong, penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.Öah]/[bid.Öah] | بدعة

Definisi : pembaharuan dlm hal ehwal agama (ada yg baik dan ada yg tidak baik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidaah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIDAAH

Bidaah ialah setiap perkara termasuk amalan, aliran, fahaman dan pendapat yang baru muncul, yang tidak terdapat dalam ajaran Islam berdasarkan pada keterangan al-Quran dan al-Sunnah.

AGAMAKonsep
MUHAMMADIYAH

MUHAMMADIYAH,  organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar.  Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas