| RUKUN IMAN | rukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya. | AGAMA | Konsep |
| SYIRIK | Mempercayai dan menganggap sesuatu selain dari Allah S.w.t. sebagai sekutu-Nya. | AGAMA | Kepercayaan |
| SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
| MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
| KEGRAVITIAN | Kegravitian ialah daya tarikan yang bertindak di antara semua objek kerana jisimnya – iaitu, amaun jirim bahan yang membentuknya. | UMUM | |
| TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
| DAKWAH ISLAM | Dakwah Islam ialah seruan ketuhanan yang berasaskan petunjuk daripada al-Qur’an, iaitu kalam Allah dan petunjuk rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang diikuti melalui sunnahnya dalam berdakwah. | UMUM | |
| SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
| KITAB-KITAB SUCI | Kitab-kitab suci ialah kitab atau perundangan rabbani (ketuhanan) yang diturunkan oleh Allah SWT dan disampaikan kepada para nabi dan rasul-Nya, yang diutuskan kepada semua makhluk- Nya sebagai wahyu. | UMUM | |
| NEVELSON, LOUISE | Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan perasaan senyap dan keunggulan. | UMUM | |