Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden” dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. |