Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adv (colloq) boastfully, besar: to talk ~, bercakap besar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ brother, abang; ~ sister, kakak; ~ toe, ibu jari kaki; be ~ with child, sarat (mengandung); have a ~ heart, pemurah dan baik hati; in a ~ way, secara besar-besaran; be too ~ for o’s /boots, breeches/, besar kepala; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. grown up, besar: you are a ~ boy now, kamu sudah besar sekarang; I am ~ enough to know, saya sudah cukup besar utk mengetahuinya; 8. boastful, besar: she is full of ~ talk, dia banyak bercakap besar; a ~ talker, seorang yg bercakap besar; 9. (usu implying st undesirable) besar: a ~ liar, pembohong besar; a ~ cheat, penipu besar; 10. avid, great, kuat: a ~ eater, orang yg kuat makan; a ~ spender, orang yg kuat berbelanja; 11. (colloq) generous, kindly, baik hati: he is ~ enough to forgive others, dia cukup baik hati utk memaafi orang lain; 12. (colloq) ambitious, besar: ~ ideas, idea-idea besar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. important in influence, standing, wealth, besar: a ~ businessman in the city, ahli perniagaan besar di kota itu; 3. of great significance, besar: the ~ issue of the day, isu besar pd masa itu; a ~ problem, masalah besar; 4. momentous, outstanding, penting: this is the ~ moment of your life, saat penting dlm hidupmu; 5. filled, brimming, a. (with tears) digenangi, dilinangi: eyes ~ with tears, mata yg digenangi air mata; b. (with sadness) dirundung: a heart ~ with sadness, hati yg dirundung kesedihan; 6.(of voice) besar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. of considerable size, number, amount, etc, besar; (of shoulder) besar; (of chest) bidang, besar: the child is ~ for his age, budak itu besar bagi umurnya; the ~ house opposite the school, rumah besar di hadapan sekolah itu; a ~ field for grazing, padang besar tempat meragut rumput; a ~ fleet of battle ships, angkatan besar kapal perang; a ~ drop in prices, kejatuhan besar harga; elected by a ~ majority, dipilih dgn kelebihan undi yg besar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata big


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIG BEN

Big Ben ialah loceng besar di menara jam

Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya

12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya

2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun

1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng

ini buat pertama kali didengari di radio, dan

menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara

loceng yang terang-benderang muncul di kaca

televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall

yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya

kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota

Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena

namanya.

UMUM 
NILAND, D'ARCY

Niland, D’arcy (1917–1967), pengarang Australia,

menulis lima buah novel dan lebih daripada 500

buah cerpen. Niland merupakan penulis yang

popular dan bukan novelis sastera. Tetapi pengkritik

mengiktirafnya kerana kepakarannya dalam

membina karyanya. Novelnya yang paling popular

ialah The Shiralee (1955). Novel ini memaparkan

dengan mendalam tentang seorang lelaki yang

mengembara di daerah pedalaman dengan anak

perempuannya yang berumur empat tahun. Karyanya

yang lain termasuklah The Big Smoke (1959) dan

Ballad of the Fat Bushranger (1961). D’arcy Francis

Niland lahir di Glen Innes, New South Wales.

UMUM 
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS

Taman Negara Carlsbad Caverns, di

tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal

kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua

yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns.

Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah

tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua

ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai

kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat

Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang

dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter

dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi

silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang,

gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok

terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina

pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya,

lihat Taman negara.

UMUM 
SUNGAI MISSOURI

Sungai Missouri ialah sungai terpanjang di

Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir 4090

kilometer dari puncaknya di Red Rock Creek di

barat daya Montana hingga ke muara Sungai

Mississippi. Sungai Missouri mengairi kawasan

seluas kira-kira 1 371 100 kilometer persegi.

Lembangan saliran ini meliputi keseluruhan atau

sebahagian daripada 10 negeri di Amerika Syarikat

dan dua provinsi di Kanada. Sungai ini adalah

berlumpur. Penjelajah awal dan Orang Asli Amerika

menamakannya Big Muddy dan peladang

menyifatkannya sebagai “terlalu tebal untuk

diminum dan terlalu nipis untuk dibajak”. Sungai

Missouri diberi nama sempena nama Orang Asli

Missouri, salah satu puak yang tinggal berhampiran

dengan muara sungai ini.

UMUM 

Kembali ke atas