MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai <i> pembenih, i> ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali <i>batas i>(baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
MINYAK BIJI KAPAS | Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia digunakan terutamanya untuk membuat masak lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak dan minyak salad. | UMUM | |
ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
PERCAMBAHAN | Percambahan ialah pertumbuhan biji benih. Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen, dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini, terutamanya keperluan terhadap kepanasan, berbeza-beza dari spesies ke spesies. | UMUM | |
PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
SEKOI | Sekoi ialah mana-mana satu daripada sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika. Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi, digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
BIJI | | UMUM | |
MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah <i>mod i>atau <i> nilai mod i> dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor <i>purata i>yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |
AUBRIETIA | Aubrietia ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili biji sawi. Ia kadangkala dieja Aubreta. Aubrietia ialah tumbuhan yang kecil, rendah, yang berjalin untuk membentuk semacam tikar di taman batuan dan membentuk tumbuhan pinggir. Daunnya kecil, bujur, dan berbulu, manakala bunganya berwarna samar atau ungu. Aubrietia pada asalnya tumbuh di barat Asia, tetapi kini ia ditanam di banyak bahagian di dunia. Pekebun menanam aubrietia daripada biji atau keratan. Mereka boleh memotong batangnya hingga ke akar selepas ia berbunga untuk mencegahnya daripada tumbuh berceranggah. | UMUM | |
MESIN BUSAR KAPAS | Mesin busar kapas ialah mesin untuk membuang biji dari serat kapas. Ramai orang percaya bahawa pereka Amerika, Eli Whitney telah menghasilkan mesin busar kapas yang pertama. Walau bagaimanapun, mesin busar kapas yang ringkas mula digunakan di India pada zaman dahulu. Satu versi mesin busar kapas ini, iaitu <i>mesini> <i> busar penggelek i> , telah tiba di Koloni Amerika menjelang tahun 1740-an. Pada tahun 1793, Whitney mereka cipta cara yang lebih cepat, lebih jimat untuk mengasingkan biji kapas dari seratnya. Mesin busar kapasnya membantu menjadikan kapas | UMUM | |