Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : biji yg dijadikan benih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji benih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERCAMBAHAN

Percambahan ialah pertumbuhan biji benih.

Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen,

dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini,

terutamanya keperluan terhadap kepanasan,

berbeza-beza dari spesies ke spesies.

UMUM 
ANAXAGORAS

Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa

perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan

seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa

semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji

benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak

pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam

kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim

hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih

yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya

kombinasi semula ini, gerakan diperlukan.

UMUM 
NIKOTIN

Nikotin ialah sebatian kimia yang ditemui dengan

jumlah yang kecil dalam daun, akar, dan biji benih

tumbuhan tembakau. Nikotin ialah satu daripada

beberapa cecair semula jadi alkaloid (lihat Alkaloid ).

Ia boleh juga dibuat secara sintetik.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
TEMBAKAU BERBUNGA

Tembakau berbunga atau nikotiana ialah

nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan

tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia

ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan

ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika

Selatan, dan ditanam di banyak kawasan.

Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit.

Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau

putih, dan berbentuk seperti tiub panjang.

Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap

cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh

ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang

subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas

panas atau rumah hijau pada awal musim bunga,

dan kemudian dipindahkan ke luar.

Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga

tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus

Nicotiana .

UMUM 

Kembali ke atas