STOR BIJIAN | Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian seperti barli atau gandum. | UMUM | |
KEKABUH BIJIAN | Kekabuh bijian ialah kumbang kecil berwarna gelap yang memusnahkan bijian. Spesies kekabuh bijian yang paling dikenali ialah kekabuh jelapang biasanya, yang menyerang bijian yang disimpan dalam jelapang; dan kekabuh padi yang sering menyerang beras dan biji-bijian lain di ladang. | UMUM | |
BIJIAN | | UMUM | |
KINCIR AIR | Kincir air ialah pengisar (mesin pengisar) yang digerakkan oleh roda air. Manusia awal menggunakan batu yang dipegang dengan tangan untuk mengisar bijian. Bijian dihancurkan pada batu leper yang lebih besar. | UMUM | |
MESIN PEMBANTING | Mesin pembanting ialah mesin yang digunakan oleh petani pada masa dahulu untuk membanting (memisahkan) bijian dari tangkainya. Mesin ini juga menganginkan (meniup) sekam dari bijian. Andrew Meikle dari Scotland membina mesin pembanting praktikal yang pertama pada tahun 1780-an. Sebelum itu, petani membanting dan menganginkan bijian dengan tangan – iaitu, kerja yang berat dan lambat. Mesin pembanting membolehkan petani memproses bijian dengan lebih cepat lagi daripada yang dilakukan dengan tangan. Sejak tahun 1930-an, mesin penuai kombin telah menggantikan kebanyakan mesin pembanting (lihat Mesin penuai kombin). | UMUM | |
TEPUNG | Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar tepung dibuat daripada gandum dan digunakan untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat, beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek. Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan di dunia, dan penduduk di banyak negara memperoleh lebih daripada separuh khasiat daripada makanan yang dibuat daripada tepung. | UMUM | |
KAFIR | Kafir ialah mana-mana satu daripada sekumpulan bijian betari yang berasal dari Afrika (lihat Betari). | UMUM | |
MALT | Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila barli dan sesetengah bijian yang lain diproses secara khusus. Ia digunakan dalam proses membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan makanan bayi. | UMUM | |
MESIN PENUAI KOMBIN | Mesin penuai kombin ialah mesin ladang yang memotong dan membanting bijian atau tanaman lain dalam satu operasi. Sesetengah mesin adalah besar dan berkuasa sendiri. Yang lain adalah lebih kecil yang ditarik oleh traktor. Mesin penuai kombin yang besar memotong baris tanaman yang lebih lebar daripada enam meter. Mesin yang kecil memotong baris tanaman sehingga kira-kira dua meter lebarnya. Mesin yang mempunyai alat tambahan khas boleh memungut dan membuang kulit jagung, kacang soya, dan tanaman lain. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |