Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAI RANTAIAN

Kedai rantaian ialah kedai runcit yang tambah

bilangannya hingga menjadi rantaian kedai yang

sama dengan meliputi sesuatu kawasan tertentu,

keseluruhan sesebuah negeri, ataupun beberapa

buah negara.

UMUM 
MIN

Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang

dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat

lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67,

62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat

mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini

dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri

nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita

berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini

dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat

kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang

mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut

sebagai purata aritmetik atau min aritmetik.

Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik

(Kebarangkalian).

UMUM 
DEMOCRITUS

Democritus (460? S.M.–370? SM), ahli falsafah

Yunani yang mendakwa bahawa bumi ini terdiri

daripada atom yang tidak terhingga bilangannya

yang bergerak dalam ruang kosong yang infiniti.

UMUM 
DUNIA

Dunia ialah planet bumi yang dipandang

istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan

hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada

elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam

sejagat ini.

UMUM 
PAPAN LAPIS

Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya

dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil

bilangannya yang telah digam bersama.

UMUM 
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil”.

(Surah al-Fajr 89:1–3)

UMUM 
SEMOQ BERI

SEMOQ BERI, suku kaum Orang Asli yang mendiami sempadan Kelantan, Pahang dan Terengganu. Semoq Beri secara umumnya bermaksud Orang Hutan. “Semoq’ bermaksud orang dan ‘beri’ bermaksud hutan.  Orang Semoq Beri juga terdapat di Perak dan Selangor tetapi bilangannya terlalu kecil.  Menurut banci penduduk tahun 1990, orang Semoq Beri berjumlah 1080 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ORANG BRUNEI

ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas