Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la.te.ral] | بيلاترل

Definisi : melibatkan dua pihak: sebenarnya masyarakat ini pd asasnya bersifat ~ (menitikberatkan lelaki dan perempuan); lawatan itu bertujuan utk menyelesaikan beberapa masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilateral


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKERABATAN MELAYU

KEKERABATAN MELAYU, amalan sistem kekerabatan dwisisi dan sistem kekerabatan senasab (nasab ibu) di kalangan orang Melayu.

            Pada umumnya, orang Melayu mengamalkan sistem kekerabatan dwisisi (bilateral/cognatif system), kecuali bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan di beberapa tempat di Melaka.  Penduduk di kedua-dua negeri berkenaan mengamalkan sistem kekerabatan senasab variasi nasab ibu (matrilineal system).  Sistem sosial yang berasaskan prinsip nasab ibu ini lebih dikenal dengan nama sistem sosial adat perpatih, sedangkan sistem sosial yang berasaskan prinsip kekerabatan dwisisi, secara umumnya lebih dikenal dengan sistem sosial adat temenggung.  Walau bagaimanapun, pengaruh sistem kekerabatan Islam ketara sekali hingga terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua sistem kekerabatan Melayu yang dimaksudkan.

BUDAYAKekerabatan

Kembali ke atas