Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bin I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDETA BAHASA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
SULTAN MUHAMMAD IVKapsyen1">          :1">           Sultan Muhammad IV

 

SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus.  Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik.  Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENGASUH

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi.  Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat  Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918.  Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman.  Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said.

SASTERAPenerbitan
PENENTANGAN TUK JANGGUT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan.  Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910.  kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PENGHIBURAN

1.25pt 0pt 0in" class=MsoNormal>PENGHIBURAN, majalah sastera.  Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak.  Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali.  Ia diterbitkan dua kali sebulan.  <I style="mso-bidi-font-style: normal">Penghiburan I>agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen.  Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama.  Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [<I style="mso-bidi-font-style: normal">lih. j. I>AHMAD NAWAWI MOHD. ALI]

SASTERAPenerbitan
FAJAR SARAWAK

FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching.

SASTERAPenerbitan
BINGKISAN MELAYU

1.0in 99.0pt">BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  <I>Bingkisan Melayu I>diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA

CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana  selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja.

1">  

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NOOR S.I

Penulis:1">           Masuri S.N.

Bidang:1">            Sastera

NOOR S.I. (1933 – 1990), penyair Singapura.  Dia lahir pada 5 Ogos 1933 di Changi, Singapura.  Nama sebenarnya ialah Ismail bin Haji Omar.  Dia juga menggunakan nama pena Elda Murni.

SASTERATokoh
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas