Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. kebinasaan perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. pembinasa sesuatu atau orang yg membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa

Puisi
 

Jantung pisang jangan dipatah,
     Jika patah binasa isi;
Jantung hati badan bertuah,
     Menyelamatkan kamu yang akan pergi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUA PADERI

Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi

pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang

Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 

Kembali ke atas