SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan <i> satelit i> bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai <I>Alpha Cygni. I>Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai <I>superraksasaI> <I>biruI>. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA | DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SISTEM SURIA | Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali sebagai <i>matahari i>dan segala objek yang bergerak mengelilinginya. Sistem suria mengandungi: (1) bumi dan lapan planet lain termasuklah <i>sateliti> (bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini; (2) objek seperti planet yang dikenali sebagai <i>asteroidi>; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali sebagai <i>meteoroidi>; (4) longgokan debu dan gas beku yang dikenali sebagai <i>kometi>; dan (5) zarah yang hanyut yang dikenali sebagai <i>habuk antarai> <i>planet i>dan gas yang bercas elektrik, iaitu <i>plasmai> yang secara berkumpulan membentuk <i>perantaraani> <i>antara planeti>. | UMUM | |
MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |