TAYLOR, ELIZABETH | Taylor, Elizabeth (1932– ) ialah seniwati filem dari Amerika. Dia menjadi masyhur kerana kecantikannya dan juga kerana kehidupan peribadinya yang penuh gelora dan juga sebagai bintang filem. | UMUM | |
SHARIF, OMAR | Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem terkenal apabila filem yang dibintanginya, Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago (1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh pengarah berketurunan British, David Lean. Pada mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael Shalhoub. | UMUM | |
BURTON, RICHARD | Burton, Richard (1925–1984), terkenal sebagai bintang filem dan pelakon pentas. Kejayaannya disebabkan terutamanya oleh wataknya yang menonjol dan pertuturannya yang bergaya lirik. | UMUM | |
MURPHY, AUDIE | Murphy, Audie (1924–1971), terkenal sebagai askar yang paling banyak mendapat pingat dalam Perang Dunia II (1939–1945). Dia menerima 24 buah pingat daripada kerajaan Amerika Syarikat, tiga buah daripada Perancis, dan satu daripada Belgium. Dia kemudiannya menjadi bintang filem. | UMUM | |
PICKFORD, MARY | y (1893–1979) ialah bintang bagi filem-filem bisu. Pickford terkenal sebagai ‘Buah hati Amerika’ kerana kepopularannya. Dia terkenal sebagai watak heroin muda yang berani dan suci. Pickford muncul pertama kali di layar perak pada tahun 1909 dan muncul dalam 194 buah filem. Antara filemnya yang paling popular ialah The Poor Little Rich Girl (1917) dan Rebecca of Sunnybrook Farm (1917). Dia memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award tahun 1928–1929 melalui lakonannya dalam Coquette . Dia juga menerima Anugerah Khas Academy Award pada tahun 1976 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan seumur hidupnya dalam dunia filem. | UMUM | |
SENNECTT, MACK | Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang terkenal muncul dalam filem-filem Keystone Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya yang terkenal telah menambahkan kekacauan di sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang “gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan watak-watak lain sering terlibat dalam adegan kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan, suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak filem terbitannya. | UMUM | |
MARIA MENADO | MARIA MENADO, Dato’ (1930 - ), bintang filem. Nama sebenarnya ialah Liesbeth Tatelong. Dia dilahirkan di Tatelu, Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. Keluarganya penganut agama Kristian Protestan. Sewaktu berusia tujuh tahun, Maria menetap di Sulawesi Selatan bersama-sama bapa saudaranya yang kemudian menukarkan namanya kepada kepada Liesje Mandagie. Maria mendapat pendidikan di sekolah Belanda dan Jepun. Setelah itu dia berhijrah ke Jakarta. Rupa parasnya yang jelita menyebabkan dia ditawarkan berlakon filem, tetapi dia menolak tawaran itu. | BUDAYA | Tokoh |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BINTANG RTM | Bintang RTM, pertandingan nyanyian yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bertujuan untuk mencari bakat baharu dalam bidang seni suara. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |