Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bio.gra.fi] | بيوݢرافي

Definisi : 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yg berkaitan dgn riwayat atau kisah hidup seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bio.gra.fi] | بيوݢرافي

Definisi : riwayat hidup seseorang: ~ Nabi Muhammad SAW sudah banyak ditulis orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biografi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIOGRAFI UMUM 
STRACHEY, LYTTON

Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis

biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera.

Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi

Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria

(1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran

tentang empat orang ternama England pada zaman

Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles

Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat

Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang

ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta,

imaginasi, dan analisis psikologi.

UMUM 
PLUTARCH

Plutarch ( 46 S.M.?–120 S.M.? ) ialah ahli biografi

dan penulis Greek yang terkenal dengan

penghasilannya yang berjudul Parallel Lives of

Illustrious Greeks and Romans. Dia menulis Lives

atau biografi yang mengisahkan tentang sepasang

negarawan atau jeneral Greek dan Rom.

Perbandingannya sering kali dilakukan secara

paksaan tetapi Lives menyumbangkan sumber

penting dalam maklumat sejarah.

UMUM 
ZWEIG, STEFAN

Zweig, Stefan (1881–1942), penulis cerita,

biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang

terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk

Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity

(1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain

Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan

Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di

Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan

Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari

tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di

London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil

kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia.

UMUM 
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 
SANDBURG, CARL

Sandburg, Carl (1878–1967) ialah penyair, penulis

biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama

menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha

mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan

keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika.

Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl

Sandburg berkata tentang dirinya: “Aku akan menjadi

jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari

mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan

mengatakan apa sahaja.”

UMUM 
SITWELL, DAME EDITH

Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi,

pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia

menjadi salah seorang sasterawan yang paling

kontroversi pada zamannya kerana puisi

eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya

hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana

pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya

topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan,

dan barang kemas yang sangat besar saiznya.

UMUM 
ABUL FAZL

Abul Fazl (1515–1602) ialah sarjana India yang

menjadi sahabat karib dan penulis biografi

Maharaja Mughal, Akbar (lihat Akbar ).

UMUM 
MASTERS, EDGAR LEE

Masters, Edgar Lee (1868–1950) ialah

pengarang Amerika. Dia menulis novel, puisi,

drama, biografi, dan sejarah, tetapi terkenal

kerana buku puisi yang dihasilkannya, Spoons

River Anthology (1915).

UMUM 
NEVINS, ALLAN

Nevins, Allan (1890–1971), ahli sejarah dan

pendidik Amerika Syarikat yang dua kali

dianugerahi Hadiah Pulitzer dalam bidang biografi.

Grover Cleveland: A Study in Courage memenangi

hadiah ini pada tahun 1933, dan Hamilton Fish: The

Inner History of the Grant Administration pada

tahun 1937.

UMUM 
123

Kembali ke atas