PENEBUSGUNAAN | Proses menjadikan kawasan yang telah rosak boleh digunakan semula bagi tujuan yang produktif. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
POSTER | Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan poster menyampaikan mesej ringkas yang menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga boleh digunakan untuk mengiklan keluaran perdagangan atau menyampaikan mesej politik. | UMUM | |
PEMPROSESAN GETAH | Kaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
TANAH AWAM | Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi, pada Zaman Pertengahan, di England, orang menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan meragut rumput, untuk menebang pokok dan menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung bermula. | UMUM | |
PAKAIAN SERAGAM | Pakaian seragam ialah satu gaya pakaian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pemakainya sebagai ahli sesebuah kumpulan ataupun sebagai pekerja dalam sesuatu bidang tertentu. | UMUM | |
MULTIMEDIA | Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi, fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh komputer. Program multimedia boleh digunakan dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan pelbagai bidang lain. | UMUM | |
PEREPUTAN | Pereputan ialah proses apabila jirim haiwan atau tumbuhan yang telah mati terurai menjadi sebatian ringkas. Hasil uraian yang ringkas ini boleh digunakan sebagai makanan oleh benda hidup seperti tumbuhan. Pereputan adalah proses yang penting dalam alam sekitar. Bahan buangan yang dikeluarkan oleh haiwan, serta haiwan dan tumbuhan yang mati disingkirkan melalui proses ini. Pereputan juga kadangkala dikenali sebagai penguraian atau pembusukan . | UMUM | |
MESIN JUMLAH | Mesin jumlah ialah alat yang mencampurkan angka. Ia juga boleh digunakan untuk mendarab dan membahagi, tetapi kalkulator melakukan semua kerja ini dengan lebih pantas. Mesin jumlah digunakan terutamanya untuk mencampurkan lajur-lajur angka. | UMUM | |
MAKRAMI | Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat barangan dan praktikal hiasan dengan menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian, tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan gantung di dinding serta barangan perhiasan lain. | UMUM | |
PALMA TODI | Palma todi adalah mana-mana satu daripada beberapa pokok palma yang mengandungi nira bergula yang boleh digunakan untuk membuat minuman yang ditapai yang dinamakan todi. | UMUM | |