PUTERI JAMILAN | PUTERI JAMILAN, gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan. Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung. Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato. Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AMINAH BINTI WAHAB | Aminah binti Wahab ( ? - ? ), bonda Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya ialah Aminah binti Abd al-Wahab bin Abd al-Manaf bin Zuhra bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luayy bin Ghalib bin Fihr. | AGAMA | Tokoh |
SULTAN MUZAFFAR SYAH | SULTAN MUZAFFAR SYAH (1505-1549), Sultan Perak yang pertama (1528-1549). Baginda diputerakan di Melaka. Sultan Muzaffar Syah adalah pengasas Kesultanan Perak. Baginda adalah putera sulung Sultan Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud Syah, yang berundur ke Bentan berikutan penaklukan Melaka oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Bonda baginda bernama Puteri Onang Kening, puteri Kelantan. Baginda mengahwini Tun Terang, yang ada pertalian saudara dengan keluarga bendahara Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN MUTAHIR | TUN MUTAHIR ( ? -1510), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Dia adalah anak Tun Ali dengan Tun Kudu, dan anak saudara kepada Tun Perak serta bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Dia dilantik menjadi Temenggung semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488). Semasa menjadi Temenggung, dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sehingga menyebabkan sultan menjadi murka. Pada tahun 1500 dia dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Mahmud Syah atas cadangan Tun Senaja, bonda sultan bagi menggantikan Bendahara Tun Putih (1498-1500). Setelah menjadi Bendahara, dia menggunakan gelaran Bendahara Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD IV | Kapsyen : Sultan Muhammad IV SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus. Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik. Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |