| DOMESDAY BOOK | Domesday Book lihat Buku Domesday. | UMUM | |
| NOMA CONCOURS FOR PICTURE BOOK ILUSTRATIONS | Noma Concours for Picture Book Illustrations, peraduan ilustrasi buku bergambar yang dianjurkan oleh Asia/Pacific Cultural Centre for UNESCO (ACCU). | SASTERA | Kegiatan |
| NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA | Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational Standard Book Number) ialah sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN, memudahkan proses memesan buku. Penjual buku, pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan jumlah buku yang besar boleh menghantar dan menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN. | UMUM | |
| PERJANJIAN BERWICK | Perjanjian Berwick (1639), mengakhiri cubaan oleh Raja Charles I dari England untuk menggesa Scotland agar menerima English Prayer Book dan cara sembahyang Inggeris. | UMUM | |
| SHERATON, THOMAS | Sheraton, Thomas (1751–1806), pereka bentuk perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan pada sebuah buku reka bentuk perabot yang berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker and Upholsterer’s Drawing Book (1791–1794). Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun 1700-an, buku Drawing Book mengutarakan cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku tersebut dikenali sebagai Sheraton. | UMUM | |
| SPOCK, BENJAMIN MCLANE | Spock, Benjamin McLane (1903–1998), doktor Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling terkenal Common Sense Book of Baby and Child Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya, tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your Baby and Child (1955), Baby’s First Year (1955), Dr. Spock Talks with Mothers (1961), Problems of Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child (1965). | UMUM | |
| MORMON | Mormon ialah nama yang biasanya diberi kepada ahli The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints . Mereka dinamakan demikian kerana kepercayaan mereka pada Book of Mormon. Mereka mendakwa bahawa gereja seperti yang ditubuhkan oleh Christ tidak wujud dalam bentuk asalnya, dan telah dipulihkan pada zaman moden melalui wahyu daripada tuhan kepada Joseph Smith (lihat Smith, Joseph). Oleh itu, mereka percaya, bahawa gereja mereka adalah gereja Jesus Christ yang sebenar dan lengkap yang dipulihkan di dunia ini. Mormon lebih tepat dinamakan Latter-day Saints, menggunakan perkataan “saint” dalam pengertian dalam Bible yang bermakna mana-mana ahli kepada gereja Christ . | UMUM | |
| SOUTHALL, IVAN | Southall, Ivan (1921– ) ialah penulis Australia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku Kanak-kanak (Children’s Book of the Year Award) pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky (1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go (1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972), Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981), The Long Night Watch (1983), Christmas in the Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter (1990). | UMUM | |
| SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in black leather by the clerk” mempunyai makna yang berbeza daripada ayat “I was shown a book by the clerk in black leather”, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
| THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |